Saturday, September 18, 2010

SIRI 35: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

Suasana hari raya selalu menarik. Semua merayakan dalam suasana kesederhanaan. Rata-rata kita mewarisi sikap mengunjungi rakan dan taulan untuk bertanya khabar dan menyampaikan salam serta bermaafan satu sama lain. Bukankah ini satu tamadun yang kita mahu teruskan? Kita juga lihat kaum-kaum lain pun uturt serta dalam mengunjungi rakan muslim mereka.

Itulah PERPADUAN, itulah KEHARMONIAN. Bukankah itu sudah menjelaskan prinsip atau teras 1 Malaysia? Soalan yang ditanya sekarang kenapa susah nak bersatu? Siapa yang rosakkan atau siapa yang mahu meretakkannya? Adakah aktiviti sukan? Adakah aktiviti sosial dan kebajikan? Adakah aktiviti kesihatan? Tentunya tidak semua ini. Yang buat kelam kabut ialah politik parti.

PAS hentam UMNO. PKR hentam BN, DAP balun UMNO, MCA dan MIC. Kenapa PAS tak mahu maafkan UMNO? Adakah UMNO boleh maafkan PAS? Di musim raya ni parti politik masih tidak mahu balik ke fitrah. Penyatuan ummah apa kalau musim baik ini kita tak nampak tanda-tanda baik budi parti. Selepas syawal tentunya masing-masing jadi maam anjing dengan kucing. Apa salah jadi seperti aur dengan tebing?

Ini pun perlu seruan? Ini pun perlu diberitahu ka? Adakah dalam Perlembagaan parti mengatakan UMNO dan PAS adalah musuh sampai akhirat? Itu sebabnya umat kita digoda dengan dakyah DAP yang sengaja tidak suka cari jalan damai. Mereka boleh bersekongkol dengan PAS tapi mereka cop dan hina pemimpin Melayu UMNO. Anak-anak juga nak tahu pesan datuk mereka adakah warisan mereka ialah haram mengadakan majlis rumah terbuka UMNO-PAS?

Dalam kesempatan kita saksikan Quran di bakar, masjid di ceroboh dan dokotorkan, nama Allah dikelirukan apakah adil bagi generasi kita mewarisi hukum manusia yang rakus kuasa sehingga pendamaian tidak mungkin berlaku antara dua parti ini. Siapa UNTUNG?

No comments:

Post a Comment