Tuesday, September 7, 2010

SIRI 23: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKRIAN ANDA?

Memang membosankan kalau kita ulang-ulang hal yang sama. Misalnya hal rasuah, jika di ulang-ulang ianya ibarat suatu yang teruk sekali di sesebuah negeri. Begiulah seterusnya mngenai ketidakadilan, ketidakupayaan, ketirisan, kepincangan dan ketamakkan.

Memang betul ianya perlu atas dua penjuru. Pertama, ianya memang sudah mejadi satu wbak dan tak lagi ada tanda untuk membaiki atau memulihkan. Kedua, ianya suatu peringatan ikhlas supaya kita tahu gejalanya. Jadi mengulangi sesutau perihak itu harus dikaji dan dinilai dari dua sudut.

Namun apa yang kita lihat dewasa ini ialah provokasi yang berulang-ulang dalam hal perlembagaan dan agama. Kita tanya di mana pula wujud hal negatifnya dua perkara ini? Yang pelik 53 tahun lalu tak menjadi isu sekarang dah jadi satu yang perlu "review".

Misalnya, debat mengenai hak istimewa orang Melayu. Apa yang kita nak kaji? Di mana rosak dan cacatnya hal ini? Inilah sifat orang yang kemaruk. Perkara yang tidak rosak mahu dibaiki. Akibatnya? Memang boleh jangka. Kelau sekadar cetusan pergeseran lidahlah ia serius sangat tapi perlu juga ingat mereka yang tak pandai menulis dan bicara punya semangat.

Mereka ini kalau disengat sesuatu yang mereka fikir melampau maka darah dan airmatalah yang kita bakal saksikan. Begitulah juga hal yang sama dengan agama. Satu ketika kita semua terkejut tentang Kalimah Allah yang jadi bahan perbahasan intelektual. UNTUK APA? Adakah sekadar mahu tunjuk kalimah ini perlu ditukar atau kalimah ini bukan milik Islam?

Ini semua perbuatan BAHLOL. Gaya bijak pandai kita sudah tersasar matlamat. Ada yang kata apa salahnya kalau kita ketengahkan hal ini. Memang sekadar bertanya ianya dibenarkan tapi kalau ilmu tak kemana hebatnya jangan mengenepikan nasihat ilmuan yang memang bernas.

NAH!! Sekarang dah melarat nak ceroboh tempat ibadat. Seolah-olah ada suatu yang pelik sedang melanda. Bukankah benar kalau kita kata sudah ada ancaman!!! Kita sekadar bertahan dan mampu menasihati. Tapi kita juga mesti terima hakikat bahawa ramai sekali yang menganggap ancaman ini sudah melepasi sempadan kesabaran.

Pihak berkuasa harus tegas. Jika ada yang cuba nak kurang ajar kita cepat-cepat asingkan mereka. Pengasingan ini bukan nak hancurkan malah yang penting untuk pulihkan mereka dari terus menjadi sesat dan alat mereka yang mahu menghancurkan suatu yang kita bina. Malangnya yang membuka ruang dan peluang untuk menyebarkan dakyah sebegini adalah orang dalam sebangsa dan seagama.

Dengan sedikit ilmu yang ada dab dirasuk dengan nafsu yang menggulung tinggi. Bangsanya sendiri mahu diperbodohkan di khalayak ramai. Inilah yang mengundang ramai yang tertanya mengapa dan apa yang sebenarnya yang menghimpit kehidupan. Adakah masjid? Adakah Allah? Adakah hak Melayu? Adakah hak kesopanan dan adakah semuanya ini dianggap ditahap yang negatif sehingga perlu diungkit dan diulangi..

Dengki dan khianat serta fitnah adalah NAJIS yang amat JAHAT. Kita perlu bangun segera kerana jika hak dan kepercayaan dicabul, diusik, diperlekeh maka jihadlah kita atas nama kekasih kita ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR!!!!!


No comments:

Post a Comment