Thursday, September 23, 2010

SIRI 39: APA ERTI UNTUNG DALAM FIKIRAN ANDA?

SELANGOR FOR AUCTION & KELANTAN FOR SALE!!!! Ini adalah rumusan rakyat bagi 2 negeri. Negeri di bawah PKR bakal kena LELONG sebab bajet dan pendapatannya semakin tenat sebab terlalu hebat dengan usaha bagi rebet dan ehsan yang buta tuli.

Kelantan yang di bawah PAS telah terima derma RM4 billion kerana sumbangan atas bayaran tanah. WOW!!! Pertama kali dalam sejarah Malaysia (mungkin juga dunia) kerajaan secara terbuka terima duit yang maha besar. Hanya orang bahlol bin bangang yang akan bagi duit banyak itu kalau pulangannya tiada. Jumlah itu cukup untuk beli Kelantan. Lagi pun tanah di Kelantan tak la mahal sangat.

Hishh....hish.....!!!! Apa nak jadi dengan politik parti PKR dan PAS. Baru dapat peluang dan gadai segalanya. Apa nak hairan kerana penasihat ekonominya siapa?? Pakar bank dunia, DSAI!!! Ini mesti dia yang kata orait baru Nik Aziz bagi restu. Bila orang bising Nik kita mula buat gelabah. Orang gila pun tahu cara sumbangan diberi dan peraturannya.

Apa lagi kalau jumlah yang maha besar. Pemimpin-pemimpin begini memang mahu jual negeri. Siapa Untung??? Tentu sekali rakan JV mereka yakni DAP. Cuba rakyat Kelantan fikir apa yang PAS nak sangat dengan duit yang maha besar kalau tidak untuk kroninya. Jangan asyik cakap KOMISYEN KAPAL SELAM saja, sumbangan RM4 billion ini lebih dari HARGA 3 kapal selam secondhand. NAH!!!! mana dia haram halalnya. Tentu lepas ni banyak fatwa akan keluar tentang hal halalnya sumbangan diterima.

SPRM nampaknya tentu kena segera fikir siapa yang patut dipuji dan siapa yang patut ditaji. Yang di Selangor pula duit semakin habis tanpa rakyat mengetahuinya. Sekadar belanja beli tanglong bolehlah diteruskan tapi belanja mengurus rasanya untuk 2011 ni pegawai pun kena berhati-hati takut nak bayar gaji  tak dak duit maka terpaksa pinjam kat Kelantan yang mahakaya dengan duit songlap.

Silap-silap Nik kita ni yang semakin nyanyok akan beli Selangor melalui pelelongan. Kenapa? Tak percaya? Kenapa tidak kerana ini boleh dibuat melalui kerajaan dengan kerajaan. entah kenapa senario politik ini jadi begini punya cacamarba kita pun tak faham. Yang ulama dan alim banyak suka AUTA RAKYAT yang simple minded.

Yang berjiwa rakyat asyik bagi bagi free tu dan free ini. Akhirnya bila nak bayar penyelenggaran kantoi. Kedua-dua negeri ini bila lingkup ekonomi dia akan guna tanah untuk tebus kebodohan pengurusan negeri. Maka tanah yang ada akan jadi milik orang lain. Tak lama lagi orang akan lagi banyak datang negara ini untuk beli negeri.

Baguslah PAS dan baguslah PKR, ini yang dikatakan pejuang Agama, Negara dan Bangsa, Mungkin ini yang paling diminati oleh orang Melayu bila lihat negeri dijual.

No comments:

Post a Comment