Tuesday, September 7, 2010

DAP : NIAT YANG TERANG LAGIKAN BERSULUH!!!!

Agenda kristianisasi DAP sudah lama wujud. Mereka bergiat cergas di univerisiti-univerisiti dan kolej. Mereka menggunakan pengaruh kehidupan bebas dan pegangan liberal barat yang dicanai menerusi media popular dengan fokus utama generasi muda.

Antara strateginya menonjolkan kehebatan budaya barat. Lantaran mencetuskan benih-benih persoalan yang membawa kepada perbandingan apa yang dianggap kekakuan dan sifat kuno budaya Melayu dan Islam dalam pemikiran anak Melayu yang terlalu taksub dengan budaya barat, termasuk mereka yang tidak berdaya mengimbangi sifat intrinsik luar duniawi Islam. Mereka mudah dipengaruhi. Merekalah sasaran agenda kristianisasi itu.

Apabila semakin ramai anak Melayu terdedah kepada pengaruh ini, semakin mudah mereka mengerakkan jejari melalui strategi lain. Golongan UMNO yang tua sedar hakikat tersebut, tetapi dalam diri mereka, dalam keluarga mereka sendiri mereka tidak berdaya untuk menyekat penularan virus liberal barat yang menjangkiti pemikiran isteri dan anak-anak, setelah didedahkan saban hari kepada nilai-nilai barat yang diserap seperti span (sponge).

Apakah PAS mampu menahan gelombang DAP ini? Rasa tidak, kerana buat masa ini kepimpinan PAS lebih mementingkan hasrat untuk ke Putrajaya dan melingkupkan BN dan UMNO. Lihat saja pendirian Nik Aziz berikutan isu surau dan lain-lain.

DAP berjaya mengelirukan, menghanyut dan memecahbelahkan PAS di antara kumpulan erdogan dan ulama. Dalam konteks ini kumpulan liberal erdogan yang disokong kuat oleh DAP pasti lebih gagah kerana di belakang mereka berdiri jutaan anak muda Melayu, Cina dan India dengan minda yang telah pun terbuka untuk mesej emansipasi halus agenda Kristian DAP.


No comments:

Post a Comment