Monday, January 24, 2011

24-34-20 SELANGOR

Nombor di atas semacam nombor unit kondominum, tapi yang benarnya ialah pada hari ini 24hb Jan dalam sejarah, undi tergempar di Dewan Undangan Negeri Selangor gagal di luluskan apabila tidak mendapat undi majoriti 2/3. Sejumlah 34 menyokong pindaan dan 20 membantah. Apa natijah nya?


Politik semata-mata... MB Selangor telah mengiktiraf  jawatan Kushrin
1) KERAJAAN YANG MEMERINTAH: Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bersama kerajaan negeri. Ia akan berkhidmat pada kerajaan yang memerintah. Malah dia juga akan menasihati kerajaan dari segi teknikalnya mengenai sesuatu isu yang memerlukan input pentadbiran. Ia adalah rakan sejawat dengan MB. Ia adalah orang penting bagi kerajaan PR.

Yang hairan rakan sejawat cuba mengusirnya dari jajahan Selangor. Ikut lojik akal, pembangkang yang patut bawa isu ini tapi ia sudah terbalik. Yang bawa ialah kerajaan dan yang membantah ialah pembangkang. Ini menunjukkan bahawa agenda kerajaan negeri terhadap jawatan dan penyandangnya sudah ada prejudis. Sangka buruk yang bermula sebelum dato khusrin memegang jawatan adalah suatu pencabulan kepada "civil service neutrality."

2) USUL TERGEMPAR: Ini dilakukan jika ada isu yang kritikal dan jika tidak di lakukan ianya memuzaratkan rakyat. Apakah yang akan memuzaratkan kerajaan negeri jika Khusrin teruskan tugasnya di Selangor. Agak pelik, khusrin yang berbelas tahun bertugas di negeri yang sama tanpa masalah tiba-tiba menjadi satu isu kecoh sehingga mengheret sultan yang memerintah dalam hal PERLANTIKAN.Ini adalah satu kerakusan, ini di buat bukan atas dasar rakyat tapi nafsu dan kemarukan pada kehendak diri. Ringkasnya PR mempolitikkan jawatan KERAJAAN khusus setiausaha kerajaan negeri.

3)HIMPUNAN RAKYAT: Perkumpulan sekelompok kecil membantah khusrin di stadium adalah suatu yang lucu. Pilihan stadium yang sepatutnya memuatkan puluhan ribu orang hanya tunjuk kehaziran 500 orang sahaja. Bukankah ini dianggap pembaziran? Ini juga isyarat yang rakyat bosan. Namun tidak cukup dengan itu, masih bergelora semangat nak terus bantah khusrin. Mereka mahu di teruskan dan mungkin kali ini dengan agenda yang lebih besar. Sebenarnya rakyat faham antara isu, politik, dan pentadbiran. Rakyat lihat ini adalah hal pentadbiran maka selesaikan saja ikut saluran pentadbiran.Apa perlu sampai nak berhimpun di stadium?

PENYAPU: Satu ketika dulu pentadbir Selangor hiba dan syahdu bila di anugerah penyapu sehingga isu ini mempengaruhi rakyat dan menjadi bualan ramai. Rata-rata yang kata tingkah sedemikian sudah melebihi paras toleransi. Kali ini bukan saja penyapu tapi kerajaan secara kolektif nya mahu SAPU KHUSRIN dari bumi selangor. Etika dan MORAL pegawai sudah tidak menjadi pertimbangan. Rakyat yang kurang arif tentang pentadbiran, cukup keliru, manakala sekelompok kecil yang pekat sokong kerajaan negeri turut sama hentam dan pertikai khusrin.

Pernahkah kita fikir pengorbanan seorang pegawai, pernahkah kita terasa keterlaluan mengheret Khusrin sampai beliau di masukkan dalam dewan dan seluruh anggota dewan berbahas mengenai diri dia.Ini kah yang di sebut keadilan? Kempen selamatkan itu dan selamat kan ini selalu sangat kita dengar tapi ia adalah satu slogan yang hodoh apabila ternyata kesanggupan menghina,memperlekeh,memperkecilkan seorang pegawai kanan kerajaan.Lebih malang sekali yang mengusulkan ialah DATO MENTERI BESAR MELAYU bertugas di bawah sultan melayu MENYUMBAT seorang pegawai kanan melayu sebegitu rupa.Rakyat dan lebih khusus pengundi akan menilai nya apabila sampai waktu.MB sekarang adalah seorang yang di anggap BONEKA dan rakyat semakin menjadi BOSAN dengan stailnya yang tidak professional.Cara MB membuat Azmin gelisah dan menanti nanti saat untuk minta MB berundur.

No comments:

Post a Comment