Thursday, January 20, 2011

SIRI 1:UBAH SEKARANG,SELAMATKAN MALAYSIA

Sudah kah anda membaca buku bertajuk di atas? Kalau belum elok juga di baca kerana di dalam nya di muatkan pelbagai impian dan pelbagai telahan dan kondemnasi. Bila membaca nya terbayang bahwa ini adalah jawapan PR kepada GTP yang di umumkan oleh kerajaan.Mereka juga ada program transformasi,mereka juga ada NKRA cuma tak bagitu jelas tentang KPI nya.Sebelum di kupas dan di ulas elok kita mukadimmahkan tentang susunan dan kandungan buku ini.

TAJUK DAN WARNA BUKU

Buku ini lebih di kenali sebagai program 100 hari kerana ianya adalah highlight kepada keseluruhan kandungan.Buku ini dengan tajuk yang hebat sudah digunakan dalam kempen dan ceramah politik.Buku yang menceritakan tentang program hebat negara hanya senipis 29 muka surat. Mungkin dewasa ini buku buku tebal tidak di minati rakyat maknya di ringkas nya seringkas yang boleh sehingga pembaca di paksa untuk memikirkan perincian nya.Sekali pandang buku ini adalah semacam memuatkan resolusi resolusi konvensyen atau lebih kepada satu laporan dan bukan sangat satu unjuran yang empirikal.

Tajuk UBAH ternyata menggambarkan bahwa negara ini dalam satu kesengsaraan.Segalanya tidak tenang dan tenteram.Rakyat di lihat sebagai merana,keselamatan terancam di sana sini dan sudah tidak ada harapan langsung.Ungkapan "cita cita gagal"menjelaskan bahwa negara ini sejak 53 tahun yang lalu di perintah oleh kerajaan yang tidak menggariskan wawasan.Tidak jelas dalam 29 muka surat yang ada di perkatakan tentang wawasan 2020.Nampaknya,PR tidak mahu sampai kepada 2020.Mereka sudah menjadi hakim memutuskan bahwa tidak ada lagi cerita tentang 2020.Mereka mahukan kejayaan lebih besar dari PRU12 dan boleh lah di katakan ia lebih kepada manifesto untuk PRU 13.Mungkin itu sebab nya secara gopoh mereka yakin dapat laksanakan 10 perkara dalam masa 100 apabia mereka taklok putrajaya.

SELAMATKAN MALAYSIA adalah satu rangkai kata yang hampir sama dengan selamatkan Dsai! Dalam buku yang mempunyai 5 tajuk utama ini menunjukkan bahwa negara ini menuju kearah yang cukup tenat seolah olah rakyat akan menderita jika tidak di selamatkan.Wira wira PR terdiri dari personaliti yang agak senja dan mereka mempunyai ranking yang tersendiri.Lihat saja susunan protokol nya di awal buku dan susunan nama di dalam buku.Chief nya ialah DAP dan di apit oleh PKR di sebelah kanan oleh PKR dan kirinya PAS.Kasihan juga PAS yang tidak di letak sebagai komandan dan kalau ikut ranking PAS jatuh No 3.Jelas yang akan jadi PM bukan DSAI tapi DAP.PAS belum tentu di mana posisinya.Buku ini juga dapat di sebut kesungguhan PR mengujudkan keserasian dan mencari titik persamaan.Sekali baca tak nampak lagi akan ideologi parti masing masing tapi nampak bahwa mereka akan membawa negara kepada sistem 2 parti.

PILIHAN WARNA adalah jingga.Kalau di tafsir satu persatu memang sedap di baca.Jujur,Ikhlas,Naif,Gagah,Gigih,Amanah.Sebab itulah di mana juga mereka pergi maka di sebut warna kerana maknanya .Ini membawa maksud,segala yang mahu di buat adalah berniat baik seolah olah yang di buat oleh yang lain memang hodoh hodoh belaka.Sifat angkat diri memang ujud dalam penulisan buku jingga ini.Sifat membantah pihak lain memang cukup jelas.Ini sudah tentu kita jangkakan sebab mereka mahu menatik perhatian rakyat supaya buat satu pilihan alternatif.Tapi pd umumnya tak pula kita nampak sesuatu yang ada nilai WOW!

WARNA JINGGA jika di rujuk kepada Wapedia,menjelaskan warna oren yang berbeza dengan warna BIRU.Warna ini sering di gunakan oleh tentera amerika syarikat dan lebih spesifik KOR ISYARAT TENTERA AMERIKA.Ia juga adalah lambang konsep politik SOSIALISME DEMOKRATIK dan warna utama Adanaspor dari TURKI.Warna ini juga adalah warna PEMBANGKANGAN POLITIK DUNIA.Contoh di gunakan dalam perhimpunan revolusi orange ukraine 2004,dan oleh peneroka peneroka yahudi di jalur gaza yang menentangi Rancangan Pengunduran satu pihak dari jalur gaza.Tentunya warna jingga di bahaskan sebelum di guna pakai di negara ini.Memandangkan rakyat kita tidak bagitu kisah tentang siknifikasi warna maka kita pun dengan senyum terima buku ini seadanya.

No comments:

Post a Comment