GAMBAR HIASAN : Pastinya Allah s.w.t melaknati manusia yang melakukan hubungan di luar tabii.. apatah lagi menyukai kaum sejenis. |
Bila kita kata pondan pada lelaki kita boleh bayangkan yang dia penakut atau pengecut. Ringkasnya pondan banyak meggambarkan gaya-gaya lelaki yang tidak gagah, tidak jantan dalam memberi reaksi kepada cabaran yang memerlukan kekuatan fizikal atau keberanian.
Kalau kita kata mak nyah kita bayangkan pula lelaki yang make up tubuh dan mukanya semacam perempuan. Gaya jalan, gaya cakap, gaya layan, pakaian, persis sebagai perempuan.
Kalau kita kata Gay kita bayangkan lelaki macho, lelaki handsome, gagah, susuk tubuh yang cantik. Bezanya mereka suka "bersama" lelaki. Kadangkala ada yang jatuh cinta sesama mereka. Di Malaysia belum sampai ke tahap bila mana lelaki kahwin lelaki. Di luar negeri perkahwinan begini sudah normal.
Teori lelaki mesti kahwin perempuan mungkin sudah tergugat. Dulu kita risau di ibu kota perempuan lebih ramai dari lelaki dan kita pun dengar ramai yang tidak berumah tangga. Tapi sekarang gay sudah mendominasi kelab-kelab dan mereka tentunya semakin bertambah ramai. Kaum perempuan pun semakin berhati-hati kerana tak semestinya yang handsome itu tidak gay.
Salahkah gay? Salahkah mereka menjalani hidup dengan gaya yang tersendiri? Agak susah juga nak jawab sebab mereka ini jiwa lembut, hati mereka memang lembut, gaya melayan mereka memang lembut, tak tahulah apa yang tidak lembut. Yang seronok mereka di katakan ada boss.
Kalau pelacur ada bapa ayam, kalau celebrity ada bouncer tapi gay di katakan ada VIP. Kenapa perlu VIP? Tak tahu apa faedah kena ada vip yang melindungi gay. Apa pun jika mereka semakin bertambah ramai makanya amatlah sesuai bagi pihak berkuasa lakukan sesuatu. Mungkin apabila tiba waktunya sudah pun ada kampung gay atau precint gay atau city of gay.
Harap jika kita tak mahu mereka dirikan koloni, sesuatu mesti segera di lakukan.Tak tahu siapa yang patut bertanggung jawab. Kalau kerajaan yang patut lakukan maka berbahas lagi lah kita di parlimen mengenai undang undang gay. Ketika itu kita minat nak dengar hujah ketua pembangkang. Gamaknya adakah parti pembangkang akan bantah atau sokong?Kita tunggu waktunya.
No comments:
Post a Comment