Tuesday, January 4, 2011

LANGKAH MAYAT ATAU TAUBAT

Karpal Singh Hero DAP yang punya semangat PATRIOTIK TINGGI untuk Malaysia tapi untuk Melayu & Islam kenalah fikir 2 kali.......

Cikgu Rahim yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu belum tentu diangkat DAP sebagai jaguh. Belum tentu PAS menjulang kenyataan ahli mereka yang dianggap cukup patriotik. Karpal Singh pernah guna "langkah mayat dia kalau sesiapa mahu dirikan negara Islam" Karpal juga pernah sebut "anwar ibrahim harus bertaubat".Kita pun terima apa yg di sebut beliau sebagai suatu mesej bagi orang melayu sebab orang Melayu yg gemar ungkapan sebegini.

Sebutan taubat pun diguna pakai orang Islam. Semua orang sekadar mendiam diri bila Karpal guna kenyataan begini. Tiada siapa yang ungkit hal ini sebab mungkin mereka rasa Karpal sebagai peguam pandai bermain kata-kata saja. Ini berlainan dengan kenyataan Ketuanan Melayu. Ramai yang ambik bahagian mahu talqinkan ungkapan ini.

Kenapa ia terlalu sensitif kita pun tak dapat bagi jawapan berani. Di mana saja ada perhimpunan politik maka tentu ada pihak yang guna isu Ketuanan Melayu untuk menyentuh saraf siapa yang mendengar. Mungkin juga tidak lama lagi akan adalah yang mahu mengharamkan ungkapan ini. Seolah-olah bila sebut saja kita akan dimasukkan dalam kategori jenayah atau mengancam keselamatan negara.

Entah apa yang akan jadi bagi orang Melayu ini kita pun terkial-kial mencari jawapan. Bukan apa kerana kalau Cina dan India mahu kekal identiti maka kita melayu semacam mahu dihilangkan identiti dengan pelbagai hakisan yang bermula dengan janji. Hari ini orang melayu menjanjikan banyak perkara demi kerakusan dan persaingan kuasa politik. Melayu menjadi SASARAN.

Wakil rakyat dari Kelantan ini juga tanpa diminta dan dipujuk oleh DAP menjadi wira mereka. Dia naik semangat. Dia jadi hebat. Dia rasa macam perwira. Dia semacam tak boleh langsung kita cubit, menggeletek atau usik Karpal. Dia orang MELAYU PERTAMA dalam sejarah Kemelayuan yang kata secara terbuka supaya langkah mayatnya kalau mahu usik Karpal. Dia mahu tunjuk semangat setiakawan.

Yang hairan kenapa ketua-ketua pakatan ini tak ungkap sebegini? Sepatutnya inilah yang patut diikrarkan oleh PKR,PAS bila bersama dengan DAP. Nampaknya PAS sudah menganggap negara ini sudah ada ketuanannya. KETUANAN DAP. Kita ucap syabas kepada Melayu PAS yang menunjukkan semangat juang yang tidak berbelah bagi dengan DAP The Big Brother.

No comments:

Post a Comment