Tuesday, January 4, 2011

DAULAT TUANKU


Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agong menyaksikan pertemuan 2N (Najib & Nik Aziz). Elok kita buat seruan supaya semua umat Islam solat hajat. Kembalikan keutuhan dan kesatuan ummah. Allah saja yang maha mengetahui apa yang di bincangkan. Nik Aziz semacam tidak mahu memberi komen dan beliau diam membisu.Insyallah beliau sedang fikirkan sesuatu.

Tentunya nasihat kali ini datang dari ketua negara dan ketua islam negara. Kita bersyukur dalam kemelut politik akhirnya kita masih akur dengan RUKUNEGARA. Jangan hendaknya ada pihak yang mahu perlekehkan atau mahu menjadi juara kampong. Ini kehendak tuhan dan takdir ilahi yang mahukan negara ini tidak lagi tercemar dengan najis najis politik. Rakyat islam segala pelusuk tentunya berasa jiwa mereka damai dan tenteram dalam mempelihara kesucian ugama islam.

Mereka mungkin belum terlambat untuk melakukan pembetulan. Kita doakan agar pihak yang berjuang atas nama Islam akan terus memperolehi kemenangan. Jangan kita gadaikan dan jangan kita jual martabat agama demi kerakusan kuasa dan kerja-kerja syaitan politik. Mereka mahu umat Islam hancur dan umat Islam menderita.ALLAH HU AKHBAR.

No comments:

Post a Comment