Thursday, January 6, 2011

LGE MENYUSAHKAN KANAK KANAK.


Sementara pihak berkuasa memburu mereka yang menyorok minyak masak, kita didedahkan pula bagaimana konco LGE di Bayan Lepas menyusahkan kanak kanak KEMAS dengan memotong bekalan air konon atas sebab tidak bayar bil air tertunggak hanya RM1000. Ini suatu yang tak masuk akal. Jika LGE berjiwa rakyat, runding dulu sebelum ambil tindakan.Ini bukan kelab malam.Ini bukan bistro. Ini tempat kanak kanak melayu belajar pra sekolah. Kenapa LGE tidak sensitif.Kita boleh jangka jawapan dia kelak, dengan kata kata yang apologatik. Sebenarnya memang beliau menyasarkan kawasan pendalaman yang di diami orang melayu. Ini semacam baling batu sorok tangan. Tidak puas dengan tindakan guna kuasa LGE sekarang sasar kawasan melayu Bagan Dalam pula. Kawasan ini akan di roboh atas nama pembangunan dan bukan susun semula.

Mereka yang selama ini makan duit rakyat dan enjoy duit rakyat melalui imbuhan gaji dan kemudahan yang di sediakan hari ini hanya suka untuk menyusahkan rakyat. LGE mahu rakyat Melayu Penang selalu rasa gelisah dan LGE mahu lihat bahwa orang Melayu akan ambil jalan keluar dari daerah asal mereka. Ini yang dipanggil silence eviction. Bersangkutan dengan kes yang mirip dengan cerita ini ialah apabila sorang wakil rakyat DAP minta India muslim balik India. Apabila di laporkan cepat-cepat wakil rakyat ini buat pembetulan dan mahu saman pula orang yang dia nak halau.

DAP oh DAP! Selama 33 bulan berkuasa jelas yang disasarkan adalah bangsa Melayu. Dari sogokan wang judi hinggalah merobohkan gerai dan kediaman, itu yang kita lihat dilakukan pada orang Melayu.

Selama 33 bulan kita lihat agenda menolong Melayu langsung tidak di hebohkan. LGE takut pada undi cina. Dengan melayu dia berani roboh dengan orang cina dia tak berani buat. Kenapa? Adakah di Penang yang selalu langgar peraturan itu adalah orang Melayu? Malanglah orang yang sengaja mahu menyokong pengkhianat warisan. LGE ini adalah penyangak. Dia sudah dapat sedikit,kini dengan propaganda yang mampu di buat,dia mahu lebih.

Bayangkan idea yang ada dalam otak dia kalau dia dapat rampas kuasa. Pakatan Rakyat memang suka janji. Dalam Agenda Bersama mengenai 100 hari mereka janjikan semua yang hebat. Mahu batal itu dan mahu rampas ini.Tidak ada satu pun yang menjanjikan pembelaan melayu di pulau pinang. Lihat bagaimana mereka lupa Melayu bila mereka berkuasa lebih. Mereka mahu cepat-cepat ubah itu dan ubah ini dengan tidak pedulikan implikasi dan tidak pedulikan keupayaan. Yang penting Mereka mahu jadi MAGICIAN. Mereka mahu memukau dengan janji. Janji mereka yang dulu pun belum selesai kini mereka atur janji tambahan.

Apakah ini yang di katakan TERBAIK? LGE kena fikir bahwa kesedaran dan kesabaran Melayu sudah melepasi tahap yang tertentu,janganlah perlekehkan Melayu dengan menonggang kuda PAS dan PKR. Kepada melayu pulau pinang bersolathajatlah demi generasi supaya LGE ini lenyap di dunia politik.Lebih lama dia mengaku Omar Abd Azizi lebih kerap mata orang melayu mahu di butakan.

No comments:

Post a Comment