Wednesday, January 12, 2011

TABIK (5) YB DR.HASAN ALI

TABIK (5) YB DR.HASAN ALI
YB HASAN ALI di serang hebat.Kali ini bila dia mengatakan perkara benar tentang kedudukan setiausaha kerajaan negeri.Barisan utama pemimpin PAS yang tergamam dengan tingkah laku nya mula bagi amaran kepada seorang yang mempertahankan kebenaran.Ramai juga yang bagi komen dalam blog yang mencemoh dan mengatakan Yb ini pembelot,bahaya,dan perlu di ambil tindakan menyisihkannya.Ada juga yang kata dia tikus bahaya.Rupa rupanya bagitulah perangai PR.Mereka memiliki pantang larang yang lebih hebat dari syaitan.Jika ada nampak kebenaran,ianya harus di simpan di belakang.Jangan heboh.Jangan kasi rakyat tahu kebenaran.Kelirukan mereka.ASak pemikiran mereka,katakan yang mereka selalu kena tipu,biar membara benci mereka pada kerajaan BN.Ini gerakan kempen politik yang di sebarkan luas.

Apakah kebenaran YbHasan Ali?.Ada 5 sebab.(1),beliau seorang islam yang baik amalan nya dan berkelulusan tinggi dengan ijazah doktor falsafah..dia faham beza cakap politik dan beza cakap pentadbiran.Dalam politik boleh manipulasi,dalam pentadbiran ianya peraturan.(2),beliau anak selangor jati dan dari keluarga yang baik.Beliau berjuang dalam memotivasikan anak anak selangor khusus nya.Ramai ibubapa yang puas hati dengan perkhidmatan beliau.Latarbelakang keilmuannya yang berdasarkan kepada sosio ekonomi telah berupaya merangsang beliau untuk sungguh sungguh berjuang.Hakikatnya beliau memilih PAS sebagai landasan memperomosikan kefahaman masyarakatnya.(3),Beliau adalah bekas pegawai PTD kanan yang tahu selok belok peraturan, ekonomi dan amalan perkhidmatan.Adik nya juga seorang pegawai tinggi PTD.Itu sebab beliau faham dan itu sebab beliau menyuarakan kebenaran sebab di kalangan EXCO yang ada,dia yang di anggap layak bersuara dan menjadi jurucakap bagi pihak pentadbiran.MB dengan hasan tidak serasi sebab mb orang koperat yang hanya ikut telunjuk dan kadangkala LOST dalam tugasnya.(4),dia jaga hal ehwal ugama dan tentunya dia lebih mengetahui siapa Khusrin sebenar.Adalah satu fitnah dan niat jahat jika khusrin di tuduh yang bukan bukan sebelum memulakan tugas.Hasan takut pada allah,dan dia tahu hal ugama makanya dia perlu cakap benar dan kedudukannyanya memberi keberkatan pada PAS kerana Hasan kembalikan maruah PAS yang hari ini di anggap sudah lama dii gadaikan pada DAP melalui broker kuasa DSAI (5),Hasan di lihat sebagai orang yang perlu di curagai oleh DAP.Maka mereka sentiasa lihat hasan ini berpakat dengan khusrin untuk jatuhkan PR.Hasan mahu PR membezakan antara kesan politik dan kesan pentadbiran.Hasan hanya kata bahwa khusrin adalah ketua pentadbiran kakitangan awam,segala tindak tanduk akan bagi kesan pada 28000 orang pegawai di selangor dan mungkin ratusan pegawai di luar selangor khusus PTD.

Hari ini sudah jelas suara PAS Dan suara sumbang bertanya pada hasan untuk toe the line dengan PR,ini adalah satu cabaran pada kebenaran,seolah olah sudah ujud pakatan mafia di selangor.Tidak ada lagi amalan kebebasan bersuara dan prinsip bercakap benar.Ada yang sarankan supaya dia letak jawatan.Kita tanya kalau cakap benar kena letak jawatan dan cakap tidak benar kekal jawatan maka jelas bahwa yang ada sekarang tidak termasuk hasan adalah PEMBOHONG DARUL EHSAN.Jelas bahwa rakyat selangor di perintah oleh sebuah kumpulan parti yang bermuafakat untuk berdusta pada rakyat.Mereka tidak peduli lagi apa kebenaran dan mereka mahu sesiapa yang sekongkol dengan mereka mesti ada akujanji.Bukan nya akujanji nak bagi negeri dan rakyat maju tapi akujanji untuk tidak mudah cakap benar.Jika ini di teruskan maka jadilah negeri yang tidak ada integriti dan ini adalah petanda bukan untuk maju tapi untuk huruhara.Ini yang kita bimbang.Bimbangnya kita ialah selangor sebuah negeri maju bakal menempah kemunduran dengan berkeliaran nya perakus perakus kuasa yang mahu pasti rakyat nya buta hati,dan mahukan selangor lumpuh dan tidak lagi mara kedepan.

Tidak lama lagi hasan akan di usulkan mengadap jkuasa disiplin PR.Jika ini di lakukan ianya satu penghinaan bagi hasan kerana beliau akan mengadap jkuasa yang buta huruf tentang sistem pentadbiran kerajaan.Bayangkan apakah kata amaran dan hukuman yang bakal di kenakan kepada beliau.Dulu dah sekali kena toe the line,kemudian dia di minta jangan sebok hal perpaduan islam,la ni dia bakal akan di minta untuk putuskan hubungan dengan khusrin.Jika ini di lakukan melalui perbahasan di dewan negeri,maka PR memang mahu kan Hasan keluar dari pakatan.Kita harap Hasan akan tetap dengan pendirian dan terus menegakkan kebenaran.insyaalah.

Sent from my iPad

1 comment:

  1. Tersepit antara nak pertahankan kebenaran dengan talak tiga. Delema delema .......

    ReplyDelete