Sunday, January 23, 2011

SUDIKAH MALA POCO POCO DI TENANG?


DEMI KEMPEN DUN TENANG... jualan sarung tangan semakin meningkat. Anda boleh beli dikedai berhampiram atau secara online... mari  mari harga boleh runding demi Calon PAS..

Mala kesayangan PAS gelabah dalam kempen ramah mesra dan ceramah.Mala tidak salam dengan orang lelaki sebab itu hukum islam.Cina dan India termasuk setengah dari orang asli pun sedang di landa satu kekeliruan.Mereka tertanya-tanya apakah banyak lagi undang-undang yang akan di beritahu oleh MALA?Misalnya,bolehkah seorang isteri seperti Mala keluar rumah waktu malam tanpa suaminya?

POCO POCO: Bagaimana kalau setiap program kebudayaan,sudikah MALA poco poco atau program kesihatan seperti senamrobik macam di buat oleh YB SERDANG? Apakah tidak islamik pimpinan wanita jika tidak bersalaman dengan lelaki bukan islam? Berapa banyak sarong tangan dan kaki yang perlu bagi calon ini sebab kalau dia salam orang jual ikan dia kena tukar kepada sarong tangan plastik. Kemudian bila salam tukang jahit kena pakai pula sarong tangan cotton. Mala juga dah mula ceramah agenda agama pada MCA. Dia kata MCA tidak tahu hal Islam. Lepas ini dia akan cakap dekat orang India kenapa dia pakai sarong tangan dan bila makan bersama bukan Islam dalam daun pisang dia mungkin kena buka sarong tangan. Rumusannya MALA mengalami dan sedang melalui isu "contiguous".

POLIS TRAFIK?.Ada yang tanya bilakah pula MALA jadi polis trafik untuk bagitahu tentang peraturan peraturan? Jelas cara berdiri dah macam pegawai trafik, jalannya macam pegawai, cakapnya memang macam baca buku peraturan, sarong tangannya pun putih. Cuma yang belum di uji ialah keupayaan dia naik motor kapcai. Kalau semua ok dia cuma perlu disarongkan dengan uniform polis. Kasihan pengundi yang terpaksa berdepan dengan pegawai trafik wanita sebagai pilihan mereka.

CHIEF DARI LUAR TENANG: Sekarang dalam kempen kempen di kawasan daerah mengundi, orang Kuala Lumpur,orang Kubang Krian pula yang lebih bercakap dari MALA. Ini tidak bagi ruang langsung bagi Mala menunjukkan bakat sebagai winnable candidate. Mala tentunya tahu mengurus hal ehwal orang Melayu, yang dia gugup ialah keupayaan memakai baju T-SHIRT DAP bila bersama dengan orang cina dan india.Yang dia faseh masih di kawasan Melayu.

SOALAN:
  1. Berupayakah MALA apresiasi budaya dan kehendak amalan orang bukan Melayu?
  2. Bagaimana beliau mahu bekerjasama denga ahli parlimen dari MCA Jika jadi YB?
  3. Bukankah sia sia dan buang masa untuk MALA jadi calon kerana rata-rata mengatakan PRU13 tidak lama lagi. Jika kalah kali ini adakah MALA akan di pilih lagi untuk pilihanraya 13? Di kawasan yang sama?

No comments:

Post a Comment