Bila saja PM jumpa ahli parlimen BN makanya ramai yang mula tanya.Soalan mereka ialah Bila PRU 13? bagi yang tidak banyak maklumat mereka akan hanya buat tekaan.Selalu mereka guna "rasanya",bagi yang ada sedikit maklumat mereka akan guna faktor cuti awam,faktor musim keramaian,faktor tengkujuh dan selepas tolak sana sini maka mereka akan berkata "PRU 13"akan berlaku pada sekian sekian bulan.Kepada yang memang menaruh minat tinggi dalam politik,atas apa jua kepentingan ,mereka mahu lebih terperinci.Mereka adalah pawang pilihanraya.Bila mereka berkata kita yang mendengar akan terpukau dan tidak nampak ruang untik menolak.Seperti pawang lain ,mereka juga guna ramuan ramuan untuk berhujah.Soalan mereka ialah "PRU13tahun ini atau tahun depan?"dalam memberi keterangan ini mereka akan mula dengan keramaian pesta kaum dan siri pilihanraya.Contoh nya ialah PRk Tenang.Jika menang,ia asalah petunjuk nasional kerana banyak sebab dan antara yang penting ianya sambungan Galas dan Batu Sapi.Ini petanda baik baik PRN sarawak yang akan di buat sebaik saja CNY yang di jangka bulan 3,jika tidak makanya berkemungkinan pada bulan Jun sebaik saja selesai gawai keamaatan.Ini peluang baik sebab ketua menteri pun nampak senyum dengan isteri yang cantik.Rakyat mesti nak jumpa isteri orang besar.Untuk itu mestilah waktu pesta gawai.Jika isterinya baik,peramah,maka wanita akan terpikat dan mereka akan undi BN.Jika BN menang besar makanya ROAD TO PUTRAJAYA oleh PR akan terkedu kerana sarawak juga mahu wakil BN besar dalam parlimen untuk dapat peruntukan pembangunan.Maka angka 11mula bermain di kepala semua pawang.Bulan ogos adalah puasa, di ikuti dengan musim haji,kemudian musim cuti.Adakah bulan NOVEMBER? ada yang kata tidak sebab kerajaan mesti siapkan NKRA dan KPI untuk rakyat nilai.Pawang berpendapat yang 2012 awal adalah tarikh baik.Namun apa pun yang mengetahui ialah yang berhak membuat pengumuman,tapi persediaan lebih penting dari mengetahui tarikh.Persediaan yang awal ialah untuk pilihanraya sarawak kerana ianya memberi indikasi untuk mengukuh dan memantap.Bagi parti PR mereka juga harus ingat yang jangan sangat syok dengan ROAD TO PUTRAJAYA sehingga mereka abaikan negeri negeri yang mereka perintah.Setakat ini nampak nya inexperience berlaku di selangor dengan kekecohan luar dalam dan rakyat sudah nampak teraju kepimpinan dan perkhidmatan merosot dan ini membuat rakyat semakin rasa meloya dan ada yang nak termuntah.Bagi negeri kedah dan kelantan nampaknya kepimpinan mereka juga terkedu kedu dalam mengendali negeri.Bagi penang nampak nya mereka lebih rasis dari negeri lain.Ini juga harus mereka pereksa.Rakyat sudah bagi peluang dan rakyat mahu tahu cakap serupa atau tidak serupa bikin.Dengan perkembangan pertemuan sulit PAS dan UMNO dan kes DSAI yang semakin hampir pd penghakiman nampaknya pawang sekelian berpendapat stamina PR akan kurang dan mereka akan mula mencari idea dan idea baik ialah
membuat pengistiharan keluar dari PR.jika ini berlaku BN akan ambik kesempatan.Nampaknya bukan sangat BN yang patut khuatir tarikh tapi PR yang perlu nyatakan tempoh masa untuk mereka pulih dari kemelut.Barang di ingat gelagat gelagat mereka yang semakin di lihat kurang baik perlu di baiki.Ternyata bila mereka di parlimen mereka tidak tunjuk hebat selain dari mengulangi stail di jalan raya.Ini juga di lihat oleh rakyat.Semakin hari kita lihat BN semakin menuju kehadapan dan PR semakin tersekat sekat untuk menyakinkan rakyat.Slogan 100 hari dan pertemuan ramai ramai sudah hilang taringnya sebab ternyata di galas dan batu sapi show of strenght tidak di minati khusus kawasan semi urban.PAWANG MANA YANG BETUL KITA JADIKAN DIA AHLI NUJUM NEGARA.
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment