1MALAYSIA yang di umumkan PM pada April 2009 adalah suatu gagasan yang di ciptakan sebagai suatu sambungan kepada kesungguhan dan ketekunan yang telah di lakukan oleh pemimpin sebelumnya.Ianya bukan sekadar memahami perpaduan,ianya tiada bukti di kesan untuk menghakiskan sesuatu entiti,ianya bukan membuang hak,ianya adalah suatu perjalanan menuju kemajuan,menuju suatu peradaban,mahu suatu kemajuan,mahu yang bagus bilamana kita sampai 2020.Bagus nya kita ialah dengan nilai yang baik baik belaka.8nilai aspirasi adalah segar dan mencabar,Baca dan teliti nilai nilai yang mahu di serapkan.Tidak ada satu pun negara selain dari malaysia yang berani mempertahankan nilai ini semata mata untuk menyelamatkan kita semua dari di rosak oleh nilai dan budaya luar yang sentiasa jadi ancaman pada kita.Justru 1malaysia adalah berkisar kearah melalui jalan kesetabilan,untuk mendapatkanya mesti ada kemajuan dan perpaduan.Kemajuan yang mahu dicapai mestilah yang bermula dengan apa yang rakyat mahu dan di susuli dengan apa yang sepatutnya di miliki jika negara mahu maju bila sampai 2020.Maka bermula transformasi.Ia dinamakan transformasi kerajaan,transformai ekonomi,transformasi politik.Bila mana ini berlaku maka kesetabilan akan berlaku.
Dengan rangkap sedemikian ramai yang cuba tidak mahu memahami dan di kalangan pembangkang pelan 1malaysia di pertikaikan.Pelan ini di perbudakkan,di ketawakan,di perlekehkan.Di mana jua ada perhimpunn penceramah akan ambil peluang untuk membuat peserta ketawa dan tersengeh bila saja hal 1malaysia di sebut.Ada kata satu,dua malaysia,ada kata rakyat di miskinkan najib di utamakan,ada kata ianya satu israel dan banyak lagi ciptaan kreatif untuk memperlecehkan gagasan ini.Sehingga kerajaan negeri selangor bagi arahan untuk roboh dan musnahkan simbol 1malaysia yang di pasang di kedai atau sepanduk di tepi jalan.Mereka kata ini adalah kempen,ini adalah bahan politik,ini adalah propaganda BN.Malang sekali jika kita yang sedang menuju pembinaan sebuah negara maju pura pura tak tahu ROH 1MALAYSIA.Tanpa kekuatan ini kita yang tinggal dengan pelbagai kaum akan hidup huruhara.Kita damaikan sekian lama,kita sepakatkan keberkatan untuk jalinan kemesraan,kita berjabat tangan ,kita mengunjungi satu sama lain,kita hulurkan budaya murni dan inilah rencah dan inilah resepi kita yang membawa kita sampai kepada tahap yang kita boleh bersama.Namun keupayaan ini telah menarik minat pembangkang untuk memecah belah dan membahagikan bahagikan kita supaya kita terlingkup dan curiga demi memberi ruang untuk mereka menyeludupkan ideologi dan propaganda,lalu mereka berkuasa dan mereka akan lakukan sesuatu yang hanya menguntungkan segelintir manusia yang kemaruk kuasa, gian kuasa dan akan gadaikan apa jua prinsip kerna kuasa.Rakyat tidak kisah kegelutan dan bergulat nya parti politik tapi rakyat mahu kesejahteraan.Rakyat mahu ketenteraman,rakyat mahu kesinambungan.Ini yang buat kita terus mara kehadapan.Ini yang di harapkan oleh pemimpin kita dan ini yang di lakukan secara sungguh sungguh,pemimpin dan rakan rakan dalam kabinet perlu sokongan bukan nya ejekan,bukan nya fitnah,bukan nya ketawa.Ini negara kita dan kita bersama bertanggungjawab.Ini budaya yang ada pada kita dan kita akan pikul bersama.Ayuh! Setiap langkah dan setiap detik waktu apabila kita menuju kecemerlangan semangat 1malaysia akan kita pikul dan kita heret bersama kerna 1malaysia adalah pembekal tenaga untuk generasi masa ini dan masa depan.Elok kita nasihati mereka yang gusar dan pura pura dan yang mahu ambil ruang untuk balon sana dan balon sini.1malaysia tidak huduh malah murni.Rakyat malaysia umumnya faham dan rakyat luar negara pun mudah faham.Justru sebagai seorang yg patriotik pd negara pertahankan 1malaysia.Terbukti negara hancur bila ada musuh dalam selimut,bila ada pengkhianat,bila ada anasir.Ini kita patut kenal pasti dan musnahkan supaya ianya tidak mengganggu perjalanan kita menuju 2020.
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment