JANGAN TERKEJUT!! Bila saja ada lelaki bergandingan bersama MALA dia tentunya suami Mala. Namanya Maarof Abd Muttalib seorang guru berumur 45 tahun. Dia telah mengambil cuti untuk turut berkempen bersama Mala. Mungkin Mala sudah keletihan dan perlu suntikkan semangat suami. Kalau lah ini stamina Mala bagaimana nak bertindak selaku wakil rakyat yang cergas? Setiap kali kena suami yang mengapit. Maarof juga telah ada niat untuk berhenti dan bantu Mala jika Mala menang. Ini suatu yang menarik.
Mala bersama suami tercinta.... Maarof cuti mengajar demi MALA |
JANGAN TERKEJUT!! Bila saja ada lelaki bergandingan bersama MALA dia tentunya suami Mala. Namanya Maarof Abd Muttalib seorang guru berumur 45 tahun. Dia telah mengambil cuti untuk turut berkempen bersama Mala. Mungkin Mala sudah keletihan dan perlu suntikkan semangat suami. Kalau lah ini stamina Mala bagaimana nak bertindak selaku wakil rakyat yang cergas? Setiap kali kena suami yang mengapit. Maarof juga telah ada niat untuk berhenti dan bantu Mala jika Mala menang. Ini suatu yang menarik.
STAMINA…..adalah suatu yang diperlukan dalam melaksanakan tugas selaku wakil rakyat. Mala seperti yang dijangka tidak memiliki ciri-ciri yang diatas. Dia memerlukan bantuan dan dia perlukan keyakinan dan dia mahu dirinya sentiasa diawasi suami supaya tidak terdedah dan tidak terperangkap dalam gelombang politik yang serba hebat dan baru. Jika Mala mahu dijadikan alat cubaan oleh Pas maka ini suatu penganiayaan kepada wanita yang dulunya dihormati sebagai guru……….Kini Pas mengheret wanita ini untuk menagih simpati. Bukankah lebih mulia jika Mala terus sampai akhir hayatnya menjadi pendidik. Mala mesti ingat sekadar menjadi juara pidato anjuran sekolah tidak langsung melayakkan seseorang menepati hasrat pelbagai bangsa.
Dalam delima....... Kerjaya atau politik????? |
MAAROF lebih dilihat sesuai dengan personaliti yang baik. Namun Maarof mesti faham bahawa kalau dia berniat untuk menjadi wakil rakyat atau mimpi nak jadi calon makanya beliau mulai sekarang mesti buat keputusan awal untuk terus berhenti menjadi cikgu dan tumpu sahaja pada hasratnya. Jangan pula berselindung disebalik bayangan isteri.
No comments:
Post a Comment