PENAMAAN CALON: Tepat jam 12 tengahari semalam sah Mala dan Azhar calon berdaftar untuk PRK14 di DUN TENANG. Pada 30 Jan kita akan tahu siapa yang akan memikul amanah selaku wakil rakyat yang sah. Kedua- dua telah mengambil risiko dengan meletak jawatan dalam kerajaan.
Jika Mala kalah suaminya sudah tentu dapat menyaranya. Tapi kalau Azhar kecundang, susah sikitlah keluarganya. Mala nampak pucat sikit hari ini sewaktu penamaan calon. Ada yang kata Mala perempuan PAS yang tenang, tentang MALAnya tidak banyak di ketahui. Baguslah kalau itu benar,asalkan dalam tempoh kempen, minta-minta di hujung bulan ni dia jangan datang BULAN. Secara berjenaka ada kawan kata kalau gitu camna nak pangkah dia? Suami dia pun tidak pangkah dia. Ada juga yang berseloroh dengan kata apa janji MALA tentang syurga dan neraka.Kalau undi PAS masuk SYURGA tapi kalau orang bukan PAS pangkah MALA mereka masuk syurga atau sekadar rasa syurga?
PERARAKAN: BN dan PAS memang ramai yang datang tapi polis awal -awal lagi telah mengambil langkah proaktif untuk elak sebarang pertembungan atau provokasi.Kali ini PAS di himpuni oleh pelawat-pelawat dari Penang, Kelantan, Johor, dan PKR ramai yang datang dari Selangor dan Wilayah. Soalnya DAP tak banyak pula pelawatnya sehingga semasa berucap dua kali di panggil pemimpin DAP untuk berucap tapi tiada yang tampil untuk berucap. Yang berucap ialah PAS dan PKR.
Apakah DAP dah mula bagi isyarat untuk uji kekuatan PAS bersendirian kerana mereka khuatir PAS masih belum cerita benar tentang pertemuan sulit dengan PM. Sehingga kita lihat yang angkat bendera DAP pun ialah Lebai PAS. Untuk menaikkan semangat suasana maka satu kumpulan gendang yang kegendangannya dimainkan sewaktu perarakan agama Hindu, telah disewakan oleh PAS untuk meriahkan dengan bergendang. Yang aneh mereka diletakkan di barisan depan sekali. Semasa perarakan mereka pun memukul gendang dan tidak jauh di belakang mereka ialah barisan hebat yang berselawat. Kerana bunyinya gendang terlalu kuat maka selawat pun tidak bagitu kedengaran sehingga ada penonton PAS yang minta mereka untuk hentikan gendang. Nasib baik mereka patuh. Malang itu bila mereka henti ianya berlaku dah dekat dengan dewan penamaan.
Ramai lebai kampung yang sebelum ini tak berpeluang tengok cara PAS kelola penamaan calon menggeleng kepala dan mereka pun mula tidak dalam kumpulan. Mereka mula ambil peluang membeli belah di gerai gerai dan ada yang mula berkelah tepi padang,maklumlah mereka tidak sempat sarapan.
ARAHAN ATAU KEMPEN?: Sebaik saja sampai dekat dewan maka tidak ramai yang berkumpul untuk dengar ucapan pemimpin. Mereka guna trak dan berkumpul orang ramai di kelilingi trak,Yang menyakitkan pendengar ialah sistem siarannya yang sekejap rosak,sekejap ok.. Beberapa orang berucap dan di sambung sebagai biasa dengan takbir.Tapi agenda seorang pemimpin cina ajak lebai-lebai ini menyanyi lagu cina, ramai yang mula beredar kerana mereka yang datang nim orang mengaji quran,bukan nya menyanyi.
Mereka pun naik pelik datang nak menyanyi dan lagu cina pulak. Yang lebih seronok lagi apabila pegawai polis datang meminta cikgu BAD untuk patuh arahan supaya jangan berkempen sebelum selesai proses penamaan calon, tapi kalau bagi arahan pada pengundi dan penyokong itu kira ok.Sejurus selepas itu mereka mula memperlekeh kan polis dengan menjadikan ucapan kempen yang sama dalam bentuk arahan.
Jelas PAS ini kena puluhan kali peringatan baru dia dengar. Ada kawan kata macam mana dia nak betulkan pentadbiran sedangkan dia juga orang nombor wahid yang ajak orang langgar peraturan.Yang lagi lawak,Cikgu Bad bagi arahan untuk setiap yang datang bertemu dengan seorang atau dua pengundi sebelum pulang.Kalau gagal dia pula yang hukum mereka dengan kata kehaziran mereka tak akan dapat berkat.ARAHAN nya di sambut laungan "mana kami nak kenal mereka?ada di mana pun kami tak tahu"Ringkas nya yang datang nampak beribu tapi yang dengar arahan cik bad hanya seratus saja.Mana yang lain?Mereka bersantai,mencari cari tandas,mula balik ke bas masing masing dan ada yang mengeluh kerana outcome yang di janjikan menjadi hambar saja.Tak tahu lah berkat atau tidak kehaziran mereka.
Jelas PAS ini kena puluhan kali peringatan baru dia dengar. Ada kawan kata macam mana dia nak betulkan pentadbiran sedangkan dia juga orang nombor wahid yang ajak orang langgar peraturan.Yang lagi lawak,Cikgu Bad bagi arahan untuk setiap yang datang bertemu dengan seorang atau dua pengundi sebelum pulang.Kalau gagal dia pula yang hukum mereka dengan kata kehaziran mereka tak akan dapat berkat.ARAHAN nya di sambut laungan "mana kami nak kenal mereka?ada di mana pun kami tak tahu"Ringkas nya yang datang nampak beribu tapi yang dengar arahan cik bad hanya seratus saja.Mana yang lain?Mereka bersantai,mencari cari tandas,mula balik ke bas masing masing dan ada yang mengeluh kerana outcome yang di janjikan menjadi hambar saja.Tak tahu lah berkat atau tidak kehaziran mereka.
ULASAN : Mereka yang melihat MALA berpendapat bahwa PAS telah memperlekehkan keupayaan wanita.Mereka tahu mereka akan kalah.Di kawasan sebegini mereka letak wanita.Ini adalah dasar yang tidak di senangi penyokong wanita PAS. Lagi pun MALA tahu dia kena pakai sarong tangan untuk bersalaman dengan penduduk tempatan.Bagi orang asli,cina ,india,yang tua ,muda ini bagi mereka kali pertama kena salam dengan wanita selaku calon wakil rakyat.Kalau yang melayu tu kira ok tapi yang bukan melayu, MALA kena buat huraian kenapa dia pakai sarong tangan.Bila pula masa dia nak cerita hal programnya. Ada seminggu untuk MALA bersalaman dengan 14000 pengundi.Kita ucap selamat maju jaya pd MALA -SIA,elak dari MALA- PETAKA,jauhi dari MALA- UN, manis nya MALA-U.
No comments:
Post a Comment