Monday, January 24, 2011

SOAL JAWAB MALA TENANG


Sesungguhnya Allah  s.w.t sentiasa bersama orang yang beriman


Calon PAS Mala adakan press conference dan semua berpeluang mendengar jawapan Mala kepada media. Masih banyak yang tidak jelas cara jawapannya sehingga kita rasa tidak puas. Mala memang sentiasa tenang tapi dia selalu mengatakan tuhan bersamanya, yang benar akan menang, yang salah akan terima hukum. Jelas ungkapan ini tidak boleh selalu menjadi benteng,Mala mesti jelaskan apabila berhadapan dengan media. Sebagai guru anak murid yang menilai,sebagai calon seluruh pengundi akan menilai dan mereka dari pelbagai bangsa,ugama,budaya,profesion,kategori umur.



1) HAL RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN: Mala memberitahu bahawa dia akan bawa ke Dewan Undangan hal-hal tentang rakyat jika dia menang. Dia mahu tambah 1 kerusi lagi untuk menjadikan 3 kerusi yang mewakili PAS berbanding dengan 50 yang di wakili oleh BN. Mungkin wakil PAS yang ada sekarang tidak berupaya dan tidak langsung bawa hal hal rakyat di dewan atau wakil PAS akan lebih gedik jika ada Mala bersama mereka?tapi mala tak jawab soalan wartawan.

2) JAWAB SOALAN: Mala gagal menghuraikan dengan sejelas nya apakah itu yang di maksudkan dengan UBAH?dan yang nak SELAMATKAN itu APA?krisis apa yang melanda TENANG? apakah hal utama rakyat TENANG yang menjadikan perlu untuk dapat pembelaan dari mala?Jika sekadar menceritakan pengalaman lalu dan menceritakan tugas mulia perguruan itu bukan nama nya calon wakil rakyat.

3) PERSONALITI: Kematangan Mala mungkin boleh mendapat kepujian hanya dalam hal latarbelakang selaku guru dan kerja amal yang di lakukan sebelum ini tetapi ketokohan nya dalam pimpinan terlalu jauh kebelakang sehingga di rumus bahwa Mala masih PERLU DI PIMPIN dan belum cukup waktu untuk MEMIMPIN.Kita tak minat nak tanya PAS kenapa dia letakkan Mala sebagai calon?TENANG mahukan pemimpin yang dinamik,wakil yang tahu apa itu pembangunan,pemimpin yang di dedahkan tentang selok belok pengurusan kemasyarakatan,mempunyai jaringan yang baik,tegas dan berupaya bertindak pantas.Ini yang mahu di pilih oleh pengundi TENANG pada 30 jan ini.

4) KEADILAN: Mala mengatakan yang dia mahu bawa semangat keadilan. Kita mahu dia huraikan keadilan yang yang bagaimana. Manifestonya apa dalam hal keadilan, siapa, kumpulan mana, di mana, yang tersisih dan tidak di bela selama ini? Ini yang rakyat nak tahu.Buktikan dengan jelas dan menyakinkan adakah sekarang ini rakyat tenang harubiru,menderita,tidak dipedulikan?Jika perubahan yang mahu di bawa, jelaskan dengan baik, bukan dengan menagih simpati!PERUBAHAN ATAU KESINAMBUNGAN? Yang di perlukan.

Bagaimana Mala mahu bawa kesinambungan kerana sebelum ini kerajaan nya ialah BN.Lain lah kalau AI yang di pilih,dia boleh sambung dan selesaikan tugas allahyarham,dia boleh runding dengan MB,dia boleh runding dengan rakan rakan EXCO.Jadinya,PRK ini adakah sekadar melepaskan semangat geram atau matang menilai kehendak legitimasi sistem politik?

1 comment:

  1. salam...

    hanya tuntutan parti dan prk utk dia bertanding..
    yg lain-lain tiada fungsipun ZERO

    ReplyDelete