Tuesday, January 11, 2011

DEBAT EKONOMI

DSAI mahukan debat.Kali ini dia pilih dengan perdana menteri.Mungkin dia rasa tak dapat jadi PM,asalkan dapat bertekak dengan PM pun jadilah.Ia mengenai hal siapa hebat tentang ekonomi.Ini berpunca dari kenyataan PM bahwa janji 100 hari PR akan bawa negara bangkrup macam di Greece.Bila dia dengar bagitu dia pilh untuk debat..DSAI dah gian nak bahas.Bila dia kena shut up di parlimen dia mula nak melalak di luar parlimen.Kali ini dia bukan pakar sebarangan.Dia betul betul mahu jadi pakar ekonomi.Dia tak minat nak nasehat khalid tentang hal ekonomi selangor sebab selangor bayar rm1.Dia juga tak minat nasehat ekonomi penang sebab LGE lebih economist dari DSAI.Dia tak minat bicara dengan kedah sebab kedah pun baru tarik nafas sikit setelah di landa banjir buruk.Dia tahu susah nak cerita hal ekonomi dengan Nik Aziz.Bila semua tak sesuai maka dia nak debat dengan Pm pula tentang ekonomi.Dia ingat ia hebat lebih dari PM.Rakyat mungkin tak semua yang baca JANJI100Hari.Rasanya tak perlu sangat rakyat buang masa untuk baca kerana rakyat dah boleh agak apakah yang dia nak buat.Ringkasnya nak mansuh perjanjian,nak bagi samarata,nak batal peraturan,nak itu dan nak ini,Semuanya adalah nak bagi kat rakyat.Ada yang melibatkan perundangan,ada yang memerlukan gantirugi,ada yang memerlukan koordinasi dengan jabatan jabatan dan ada yang perlu pertukaran sistem.Ringkas nya DSAI mahu rombakan,suatu pemutihan yang di anggap rakyat akan ucap syabas dan gembira.100 adalah hari keramat.ADa yang tanya kenapa pilih 100hari tidak 1000 dan tidak 10jam?setakat 100 Hari ada yang kata terlalu lama.Dia hanya perlu 1hari.SEMUA NYA HANYA PERLU PENGUMUMAN.Perkara laksana itu Dsai nanti gurmal dengan putar alam nya.Balik kepada hal 100 hari.Ini nak tunjuk dalam masa 100 hari Dsai dapat lakukan sesuatu dengan lebih pantas dari 100 najib sewaktu jadi Pm.Dalam 100 hari ni kalau kita tengok hari bekerja saja ada hampir 75 hari bila tolak 25 hari.Cuti wajib tidak pula termasuk cuti awam.Soalnya apakah 10 perkara yang di sebut boleh terlaksana dalam masa 75 hari?Kita tengok contoh merombak struktur subsidi negara,menyediakan internet wi fi percuma bagi seluruh kawasan di malaysia,memansuhkan akta keselamatan dalam negeri,mereformasikan spr,sprm,peguam negara dan pdrm.Ini sebahagian dari JANJI 100 HARI yang di reka khas untuk pujuk pengundi.Yang kerajaan sedang lakukan dalam konteks reformasikan SPRM misalnya tak cukup lagi ka?bukan kah ini satu langkah membazir saja!Tak pula dalam semangat 100 hari di sebut tentang hal tanah,hal bumiputra,hal Cukai.Kita cadangkan supaya DSAI hari ini juga buat pengumuman supaya semua negeri di bawah PR kecualikan cukai pintu dan kecualikan cukai tanah!,kecualikan premium!parking kereta semua free! tak payah tunggu Pru 13.Sekarang juga dia boleh buat.Kita nak tanya satu persatu sebelum dia nak debat PM.Apa yang dia dah buat untuk naikkan pelaburan di selangor selain dari bagi habis tanah PKNS dekat kroni PKR.SPRM patut siasat ini.Pernah kah dia fikir untuk jadikan kelantan maju macam negeri negeri lain?Berapa kerap dan berapa kali dia bagi nasihat pada dato Azizan tentang kedah yang semakin tenat ekonominya.KAlau kawan sebilik pun hang tak boleh bicara ,kenapa hang nak rombak hal yang lain.?Bayangkan niat dsai ini nak membatalkan felda plantation dengan mudah dalam masa 75 hari bekerja?mana ada masuk akal?sebab tu PM ketawa dekat dia.Tapi untuk tunjuk dia ranggi dia minta nak debat untuk dapat pablisiti.Sdr DSAI engkau ni dah cukup di kenali ramai.Tak payah nak tunjuk jaguh.Kita menuju kemajuan,jangan ingat semua yang you cakap rakyat terima tanpa celik mata.Cukup lah dengan temberang temberang,jaga diri baik baik untuk berdepan dengan penghakiman.Rakyat nak itu dulu.KENAPA KES LIWAT TIDAK DI SELESAI DALAM 100 HARI.?jawapan nya TANGGUH,TANGGUH,TANGGUH.....maka rakyat akan tahu bahwa jika janji 100 hari tak jadi DSAI akan tangguh tangguh tanggu.Apakah kita perlu PM kita berdebat dengan orang yg ada sindrom TANGGUH?

 

No comments:

Post a Comment