Sunday, January 16, 2011

WAKIL RAKYAT LEMBAH PANTAI CUCITANGAN

YB NURUL IZAH naib presiden PKR,yang juga wakil rakyat lembah pantai berpendirian bahwa PM yang harus jawab surat yang ditulis oleh peguam cina mengenai kecoh azan dan gangguan tidur.Ini adalah reaksi anak muda yang sedang belajar ilmu kemasyarakatan.Ini pendirian seorang wirawati PKR bila beliau terpaksa cari jalan penyelesaian antara islam dan bukan islam.Ini adalah tips yang di beri oleh ayahanda bonda keluarga PKR.

Inilah ragam dan inilah cara PKR bersandiwara dalam membendung perasaan bukan melayu kerana undi,kerana kuasa,kerana road to putrajaya.Apa dia peduli sentimen orang islam,apa dia kisah dengan keresahan orang islam,apakah yang demonstrasi itu suatu tindakan salah?Bukan kah demonstrasi dan bakar patung di ajar oleh keluarga terkenal PKR?Merekalah yang mengajar demonstrasi jalanan,mereka yang ajar bagaimana mahu bertindak cara kasar,mereka yang ajar anak muda untuk laungkan slogan.

Kini mereka telah di amanahkan kuasa,tapi lihat apa yang di buatnya.Mereka lepas tangan dan mula main teka teki.Kalau dengan rakyat kita selalu di ajak oleh pemimpin PKR untuk bersama rakyat,kerana rakyat dan mesti bersifat seperti rakyat.Nah,lihat apa yang dah jadi?turun tempat kejadian pun tidak,dan yang pelik,rakyat pun tak mahu rujuk dekat dia.Jadi apa guna jadi wakil rakyat makan gaji buta dan hanya tahu berkata kata dan sesekali jual gitar.Tak tahu apa lagi yang akan di jual oleh YB kita ni!Seperti yang di duga jawapan Yb jelas menunjukkan bahwa dia takut dan dia hanya mahu PM saja yang kena jawab.Ini bermakna dia sudah lepaskan tanggungjawabnya..

Apakah wakil rakyat seumpama ini yang kita mahu kekalkan? Bukan itu saja ,inilah bakal pimpinan tertinggi PKR yang akan datang...fikir fikirkan lah!Yb nurul,kamu ni masih muda,malangnya kamu telah di heret dalam kancah yang kamu sendiri tidak bersedia.Kamu sebenarnya hanya wanita yang baik dan sebagai seorang yang baik,lakukan sesuatu dengan baik.Ini hal ibadat,ini hal orang melayu dan islam,kamu sepatutnya tahu apa peranan kamu.Jangan kerana nak jaga hati seorang cina yang hanya 5 tahun menginap di sana dan masjid yang telah ada melebihi 10 tahun,kamu hanya bagi satu jawapan mudah.Kalau itu jawapan kamu lebih baik kamu tak payah bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang.Rakyat berpendapat elok lagi kalau kamu jadi suri rumah tangga.

No comments:

Post a Comment