Wednesday, January 19, 2011

MOHD AZHAR (39) vs NORMALA (39)

Gelanggang sudah di buka! Nama yang akan berentap sudah di ketahui.BN menaruh keyakinan pada pegawai awam yang bertugas sebagai pegawai negeri dengan pengalaman menyandang jawatan penolong pegawai daerah.Normala calon PAS juga seorang pengkhidmat awam yang menyandang jawatan guru.AI dan Mala masing masing umur sama.39tahun.Masih kelihatan ganteng kata orang jawa.AI dah berumah tangga,bagitu juga Mala.Yang membezakan mereka ialah Mala bukan anak tempatan,AI adalah anak bekas wakil rakyat Tenang tahun 80an.Ai giat dalam kegiatan belia dan sudah tentu selaku pentadbir daerah beliau lebih hebat dari Mala dalam hal ehwal pembangunan daerah.

AI memang di kenali penduduk tempatan dan tidak berapa ramai yang kenali Mala.Ini kerana kemesraaan AI yang di anggap lebih cerdas dan bertenaga.Mala memang ayu dan manja.Suaranya lemak merdu,gaya nya sederhana,dan pendek kata Mala memang contoh wanita PAS yang boleh di puji.Lebih sesuai sebagai guru dari wakil rakyat.Walau apa pun pengundi akan tentukan.Tapi dalam hidup harian di kawasan yang bagitu rancak dalam pembangunan kita perlu seorang yang telah mahir tentang hal ehwal daerah dan kerjasama dengan agensi kerajaan seperti majlis daerah,polis,kesihatan.Bukan apa,kita perlukan kecekapan,kita perlu kepantasan,kita perlu keakraban.Ini memang di miliki oleh AI.Kalau di kira pertandingan kasihan belas,Mala sudah tentu dapat simpati,tapi ini bukan kerja mudah,menjadi YB mesti seorang yang betul betul hebat dalam mengurus konflik dan harmoni rakyat berbilang kaum.Sehingga hari penamaan calon kita sudah tahu yang Mala bagitu bergantung pada bantuan bantuan dari luar johor untuk dukung beliau dalam berkempen.Apa pun berkempen dengan baik dan sopan amalan kita.

No comments:

Post a Comment