Kalau dalam bahasa melayu nya tenang bererti aman,nyaman,dan selesa.Tapi kalau untuk DUN TENANG ianya tidak sama dengan pengertian yang kita tahu.Ianya bakal bergelora sebaik saja di tiup visel kempen bagi pilihanraya kecil nya yang di jadualkan pd 30jan ini.Turbulent adalah perkataan inggeris.Ia adalah gangguan,goncang,lintang pukang.Dalam hal ini keputusan DUN Tenang akan buat beberapa pihak terasa goyah dan goncang ibarat kegoncangan dalam waktu penerbangan.Awal awal lagi ini adalah kerusi BN.Seperti tradisinya PAS akan bertanding supaya BN menjadi tidak tenang.Ini suatu yang di jangkakan.Namun untuk kedua pihak berasa tenteram dalam kempen tradisi ,ianya belum tentu bagitu.Ini di sebabkan ada sudah orang yang menawar menjadi calon bebas,dan ada sudah orang yang mahu calon baru dari PAS.Tidak ketinggalan jua ada yang kata mungkin PKR yang akan bertanding.Itu sebabnya DSAI awal awal lagi buat tinjauan sama ada boleh kah PKR bertanding dan menang.Dia dah buat kempen walau pun pihak berkuasa bagitau jangan lagi mula kempen.Semua pihak hanya berkempen selepas penamaan calon.Tapi untuk DSAI yang memang tradisinya suka buat kerja lain dari lain dah berkempen.Apa yang mahu di lakukan ialah untuk meninjau samada bolehkah calon PAS menang dan jika calon PAS tak ada peluang dia akan rayu supaya di letakkan saja calon PKR untuk menguji kehebatan nya berikutan dari kemelut PKR baru baru ini.PKR mesti cari jalan untuk mengukur popularitinya.Jika PAS tidak setuju dia akan minta calon bebas untuk bertanding.Nampak macam satu formula yang dianggap tidak munasabah tapi itu lah yang akan di lakukan.PAS akan bertanding dalam apa jua keadaan.Cuma apakah mereka akan guna calon wanita atau tidak itu kita tak tahu lagi.Untuk DAP pun bagitu juga.Mereka akan guna sedaya upaya untuk minta PAS bagi laluan supaya mereka dapat pula guna flatform untuk test undi cina.INi tentunya gara gara DAP kurang percaya atau lebih tepat tidak yakin yang PAS akan bersama mereka dalam PRU13.Ingat lah dalam politik no permanent friend and no permanent enemy.Masing masing sudah merasa cemas.Dalam kempen Tenang akan berlaku banyak kecoh di kalangan PR.Tentunya pengarah gerakan pilihanraya akan lakukan sesuatu yang baru dan tidak seperti di galas,batu sapi atau sibu..ianya akan berlaku semacam turbulent..DAP pun terpaksa pegang bendera PAS untuk pastikan cina sokong PAS.PKR yang tidak bertanding pun akan guna bendera PAS untuk masuk ke kawasan taman perumahan di labis tengah dan di labis timur,atau di stesen tenang.Kita semua tahu bahwa geografi tenang agak payah untuk mereka berkempen kerana keluasan nya adalah banyak kepada ladang kelapa sawit.DAP dan PKR hanya ada sikit sangat cawangan nya.Namun BN mesti ingat bahwa mereka perlu turn out yang tinggi untuk meranapkan populariti PR.Dalam kempen kecil kecilan atau sembang kopi rakyat akan tentu tanya PAS apakah rahsia di sebalik pertemuan dengan Agong? Pihak BN ada jawapan nya sebab mereka pernah bersama dengan PAS satu ketika dulu,Tapi yang menarik ialah jawapan PAS.Adakah DAP akan terima akan jawapan PAS dan adakah cina akan percaya lagi pd DAP?Lebih baik mereka UNDI BN dari undi PAS.ianya lebih untung dari rugi.Maka kita lihat nanti Tenang adakah ia membawa ketenangan selepas 30 JAN.
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment